Print

Merujuk Bab Ke-4, Fasal 25, Perkara 2 (b) dalam Perlembagaan PERUBATAN, berkaitan notis Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC):

“Notis mengenai segala urusan mesyuarat yang akan dibincangkan semasa Mesyuarat Tahunan Cawangan hendaklah dimaklumkan oleh Setiausaha PERUBATAN Cawangan kepada ahli sekurang-kurangnya 7 (tujuh) hari sebelum tarikh diadakan mesyuarat. Notis tersebut hendaklah dilampirkan dengan laporan tahunan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan, Penyata Akaun Tahunan PERUBATAN Cawangan dan sebarang usul lain yang telah dicadangkan oleh ahli.”

Berikut senarai usul yang telah diterima untuk dibahaskan pada MTC nanti:

1. Matan usul:

“Menguatkuasakan polisi kewangan mesra ahli bagi memastikan kemandirian PERUBATAN Cawangan al-Azhar”

Pencadang usul: Siti Nuratikah binti Mohd Ghazali (Tahun 4 Perubatan)

 

2. Matan usul:

“Mengoptimumkan semangat mahabbah melangkau batch dan jurusan dalam kalangan ahli PCA”

Pencadang usul: Muhammad Amirul Ashraff bin Yasir Arafat (Tahun 3 Perubatan)

 

3. Matan usul:

“Memperkasakan identiti sebagai duta kecil Malaysia dengan menyemai nilai agama dan budaya kesopanan dalam keluarga PCA”

Pencadang usul: Hamzah bin Marwan (Tahun 6 Perubatan)

Leave a Reply