[PENDAFTARAN PERWAKILAN MTC PCA KALI KE-3 DIBUKA]

Pendaftaran Perwakilan Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) PERUBATAN Cawangan al-Azhar Kali Ke-3 telah dibuka!

Usul dihantar, usul dibahas,
Dibahas perwakilan di pentas MTC,
Dah mendaftar, baru boleh berbahas,
Ayuh jangan ketinggalan, sertai kami!

MTC menjadi satu medium kepada ahli untuk menyuarakan pandangan dan solusi untuk kemajuan PCA di samping membentangkan laporan dan usul yang telah dilaksanakan sepanjang 1 sesi yang telah berlalu (2015/2016).

Nantikan aktiviti menarik seperti pelancaran buku AKASIA, anugerah kualiti biro, Golden Awards PCA dan banyak lagi pada MTC PCA pada kali ini. Tempoh pendaftaran dibuka selama seminggu bermula dari 7 hingga 14 Februari 2016.

Ayuh kita sama-sama menjadi ahli yang cakna dan mendaftar sebagai perwakilan. Rujuk pautan berikut untuk pendaftaran perwakilan:http://goo.gl/forms/BvuuiTE2OJ.

PERINGATAN: Hanya perwakilan yang berdaftar sahaja yang layak mengundi calon Presiden dan Timbalan Presiden.

Rujuk pautan berikut untuk Kenyataan Rasmi Panggilan Ke MTC:

http://alazhar.perubatan.org/…/notis-1-panggilan-ke-mesyua…/

Jumpa anda di sana!
‪#‎MTC2016‬

“Memaknakan Integrasi, Merentas Legasi”

“Towards Golden PCA 2016”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Jawatankuasa Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) PCA Kali Ke-3,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2015/2016.

panggilan with tema

Leave a Reply