10151644_10202522242929822_352867193_n-e1429293070334

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama bersyukur ke hadrat Ilahi atas nikmat yang tidak terhitung banyaknya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, penghulu segala nabi, ketua bagi sebaik-baik umat. Moga-moga kita sentiasa beristiqamah pada landasan perjuangan Baginda SAW.

Firman Allah SWT,

“Dan juga (bagi) orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhan dan melaksanakan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka; dan mereka menginfakkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” (Surah Asy-Syura: Ayat 38)

Merujuk Bab Ke-4, Fasal 25, Perkara 2 (a) dalam Perlembagaan PERUBATAN, berkaitan notis Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC):

“Notis mengenai tarikh yang telah ditetapkan untuk Mesyuarat Tahunan Cawangan hendaklah dimaklumkan oleh Setiausaha PERUBATAN Cawangan kepada ahli sekurang-kurangnya 14 (empat belas) hari sebelum tarikh diadakan mesyuarat.”

Sehubungan itu, notis panggilan Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) PERUBATAN Cawangan al-Azhar Kali Ke-3 ini dikeluarkan oleh Jabatan Setiausaha PERUBATAN Cawangan al-Azhar Sesi 2015/2016.

Sukacita dimaklumkan bahawa PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) Sesi 2015/2016 akan mengadakan Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) PCA Kali Ke-3. Butirannya seperti berikut:

TARIKH                 : 26 FEBRUARI 2016

MASA                   : 7.30 PAGI

TEMPAT               : Dewan Kuliah Dakwah Islamiah, Hayyu Sadis

TEMA                    : “MEMAKNAKAN INTEGRASI, MERENTAS LEGASI”

Sehubungan itu, semua ahli PCA dijemput hadir ke Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) PCA Kali Ke-3 dengan mendaftarkan diri sebagai perwakilan di pautan yang telah disediakan atau hadir sebagai pemerhati pada tarikh yang telah dinyatakan. Tempoh pendaftaran dibuka selama seminggu bermula dari 7 hingga 13 Februari 2016

Rujuk pautan berikut untuk pendaftaran perwakilan: http://goo.gl/forms/BvuuiTE2OJ.

Segala maklumat berkaitan Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa Mesyuarat Tahunan Cawangan (JMTC) PERUBATAN Cawangan al-Azhar.

Sekian, terima kasih.

 

“Profesional, Berintegriti, Bersistematik”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

DSC_0436

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ahmad Tasnim bin Muslim,

Setiausaha,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2015/2016.

admin-ajax

 

 

 

 

 

 

 

 

Husna Munirah binti Rusli,

Timbalan Setiausaha,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2015/2016.

 

[104] - MTC-3 - Ahli PERUBATAN [SJ]

Leave a Reply